Friday, March 27, 2015

AKU & KAU

Bila berbicara tentang AKU, mengapa perlu ada KAU?

Kerana bila berbicara tentang AKU, segala baik atau buruk berbalik pada AKU, bukan KAU.

Mengapa perlu ada KAU?

Mungkin KAU hanya mahu memberi pendapat.

AKU faham.

AKU  terima.

Akan tetapi, jagalah bicara KAU ketika berbicara dengan AKU.

Kerana AKU yakin KAU juga tidak akan menyukainya bila AKU berbicara dengan KAU menggunakan cara KAU berbicara dengan AKU.

Tidak semua orang sepandai KAU.

Dan tidak pula semua orang sebodoh AKU.

Orang sepandai KAU dan juga orang sebodoh AKU, KITA semua manusia yang ada perasaan.

Berjagalah dengan tutur KAU, wahai KAU.

Ikhlas dari,
AKU.

Let's Click!