Wednesday, October 28, 2015

Hiking - Broga Hill

Assalamualaikum semua.. 


okie.. hari ni keklin nak cerita pasal pengalaman pertama keklin pergi hiking atau dalam bahasa melayu nyer.. mendaki. hekhek. 

Nak dijadikan permulaan cerita yang tak berapa nak best.. malam sebelum pergi hiking tu.. boleh pula migraine keklin datang menyerang.. argh.. stress mak nak.. memang da set kat kepala otak kalau sakit sangat.. sanggup tak nak naik broga.. sebabnye kami semua bermalam kat rumah put kat semenyih.. bekalan ubat semua memang ke laut.. tak bawak pape pon.. memang redha je la dengan denyutan dalam kepala.. tidur sekejap dengan harapan lepas bangun akan ok sikit.. 

Then kul 4.30am kami semua bangun dari tidur dan bersiap siap untuk ke broga.. keklin punya migraine masih tak elok.. mandi pepagi tu basah kepala semua.. ikot la mereka ke broga.. sebelum ke broga.. kami ke kedai mamak untuk alas perut sikit.

5.15am kami sampai kat kaki bukit broga.. prepare pape yang patut.. tunggu wan and didi sampai.. tunggu kak effa kak elly put and mun gy toilet.. erghh.. keklin nyer kepala memang mencari tempat nak baring jer time tu.. tapi kuatkan semangat sebab fikir.. kalau sekarang tak buat.. bila lagi nak mai? kan kan kannnnn?? :P

So list member masa naik broga ni adalah : keklin, kak wani, kak effa, kak elly, izzy, put, mun, kak aishah, wan and didi. 10 orang semuanya.. huhu.. 5.30am kami bergerak naik.. keklin ikot belakang didi and izzy.. means dalam turutan orang ketiga lah kan.. haha.. jalan punye jalan punye jalan..sedar belakang mereka da takde.. haha.. suruh didi and izzy stop sat tunggu mereka.. ermm.. da tunggu tunggu.. tak nampak gak kelibat diaorang dalam gelap tu.. makanya kami decide untuk bergerak bertiga menuju puncak broga. okie jujur ye cakap.. didi cam hampeh langkah panjang laju gila.. izzy badan ringan kecik molek.. erghhhhhh.. keklin semput nak catch up.. 2 kali mintak take 5.. then da nak sampai kat puncak tu izzy mintak didi jalan short pace / slow sikit.. erm.. terima kasih kerana memahami izzy.. lebiu muah muah. hahahaha (T__T)

6.30am keklin, izzy and didi sampai kat 1st viewing point.. perghhh.. jujur weyh.. macam nak pengsan.. keklin sampai je terus cari tempat duduk.. duduk terus tak bangun da untuk setengah jam.. lantak la izzy and didi sibuk ke hulu ke hilir tangkap gambar.. keklin sumpah da tak larat.. hahahaha! tapi pape pon.. bangga noks.. migraine sakit kepala semua.. tetap jadi orang ketiga sampai. hahahaha! YASSSSS! Da selepas 30 minit rehat.. nak muntah tak dapat nak muntah.. kepala macam da berpusing bagai.. mun and kak wani sampai.. yeayyy! haha.. kemudiannye puput and wan sampai.. kak elly turun balik atas sebab kesihatan dia tak dapat nak terus kan.. kak effa time ni tak tau kat mane dah.. hahaha~ 

1st Viewing Point Broga Hill

keklin sampai sampai terus amek port ni duduk rehat selama 30 minit tak gerak dan tak bangun. erm.. koraso? semput tak semput? hahahahaha

And then mereka mereka ni nak terus kan lagi mendaki sampai over the top..huuu.. keklin tak sanggup pada mulanye.. sebab memang sakit kepala weyh.. tapi kak wani, izzy, wan and didi semua bagi semangat cakap jom la jom la.. you can do it baby.. eh? hahahaha.. then keklin pon fikir why not lah kan.. alang alang da sampai 1st view.. moh ler teruskan sampai ke hujung.. :)

Yeah.. 7 dari 10 orang yang berjaya sampai ke puncak. Tiada dalam gambar kak effa (tukang snap), kak aishah (kakak gunung ni tengah bizi kutip sampah.. erm.. baik gila), Mun dan put dah tersadai kat 1st viewing point, kak elly turun dah dari awal.

Bila nak naik 3rd viewing point tu, kena lalu satu laluan batu yang agak extreme bagi orang yang berbadan berat macam keklin ni yer.. dan disebabkan badan berat ni lah masa nak panjat batu tu, tergelincir sikit dan lutut kiri terhantuk kat batu tu.. yer.. luka dan berdarah dan berparut sekarang ni.. haha.. well.. itu lah pengalaman kan? :) 

Dah habis sesi bergambar semua.. marilah kita berjalan turun pula.. yer.. 1 jam lebih untuk naik.. turun dalam 45 minit jer.. hahaha.. siot je kan? 

 8.54am.. touch down babeyhh~

 Satu pengalaman yang sangat berharga.. lagi lagi bagi orang macam keklin yang newbie and noob dalam bidang sukan hiking ni. yes even ini HANYA broga tapi keklin bangga keklin berjaya. Dan in shaa Allah next time akan hiking lagi ditempat lain. Jika diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang terbaik. In shaa Allah.. Aaminn.. :) 

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan keklin dari awal hingga akhir. 

Sekian. 



 Broga Hill : 24 October 2015 : 5.30am-9.00am


Wednesday, October 21, 2015

Bebel


Assalamualaikum

Selamat pagi.. lama tak membebel kat sini.. hewhew.. ok.. hari ni pon tak nak membebel sebenarnya. so I'll just repost a very interesting post from manusiaingin.blogspot.com
yer.. dia ni adik adik.. tapi kadang kadang kepala hotak dia kakak kakak sangat.. ehem.. diulangi,.. kadang kadang yer.. hikhik :)






Let's Click!