Friday, July 29, 2016

Alinn Anime Review : Ao Haru Ride

*****



Title : Ao Haru Ride (Blue Spring Ride)
Number of Episodes : 12 
OVA : 2
Aired : July 2014
Genre : Comedy, Drama, Romance, School, Shoujo, Slice of Life
OP : CHiCO with HoneyWorks - Sekai wa Koi ni Ochiteiru 
ED : Fujifabric - Blue

*****

*Tarik nafas dendalammmmmmm* fuhhhhh~~
Ini adalah antara anime yang main tarik tali dengan hati dan perasaan aku tau. Sebab serious cerita ni buat aku geram dengan Kou tu, Tapi aku nak Futaba dengan dia, tapi at the same time aku tak nak Futaba balik kat dia. ARGGHHHHHH! (-.-)"

Sebab dia? okie.. anime yang 12 episode ni aku percaya baru season 1. Sebab masa ending episode ke 12 tu baru separuh jalan cerita dari manga dia, and yes.. aku dah habis baca manga dia dulu. (sebab tu aku geram) hahahaha! Dan setakat ni aku suka sebab anime director tu memang ikot jalan cerita manga, takda ubah apa apa yang keterlaluan. ok ok.. let's talk about the anime.. haha

Cerita pasal seorang budak lelaki bernama Tanaka/Mabuchi Kou  dan seorang budak perempuan bernama Yoshioka Futaba. Diaorang ni sekolah menengah rendah (Middle School) tahun 1 bersama. Futaba suka Kou, dan Kou suka Futaba. hahahaa~ Then masa cuti musim panas, Kou ajak Futaba ni pergi festival musim panas bersama, dan dia suruh Futaba ni tunggu dia dekat taman berdekatan pukul 7 petang. okieeee~ Si Futaba ni tunggu dan tunggu dan tunggu sampai sejam lebih kotttt.. kau rasa?? (hahaha.. nampak tak aku dah geram?) ok laa.. Futaba ni redha dan positif fikir maybe Kou ni ada hal, then dia decide untuk tanya kat sekolah masa dah habis cuti nanti... nak dijadikan cerita, masuk je sekolah balik, si Kou ni tetiba pindah sekolah. Tak ada sesiapa pon tahu, dia pindah senyap senyap.. so termangu sepi seorang diri la si Futaba ni tanpa jawapan yang pasti.. haha.

Then selepas 3 tahun, dah masuk sekolah menengah atas (High School), tiba tiba jer Kou dan Futaba attend sekolah yang sama. Tapi, masa Futaba bagitahu Kou yang dia pernah suka kan Kou, Kou cakap semua tu dah lepas. Sekarang semua dah berubah, sekali lagi, Futaba redha dan positif fikirkan yes, memang mereka dah berubah selepas 3 tahun, cinta monyet sesenyap mereka tu dah lama habis. Tapi still Futaba simpan perasaan dekat Kou. Then ada jugak kawan baik Futaba ni suka dekat Kou. aishh.. nak bersaing rebut cinta la pulak kan? (bersaing secara baik okie..no hard feeling..) ok.. keklin rasa sampai situ dah cukup untuk season 1. nak tau apa jadi sila tengok sendiri. hewhew~

okie laaa.. keklin bagi spoiler dari manga sikit lah ye? Kou masih suka dekat Futaba and as we know, Futaba memang sentiasa suka dekat Kou. Then Kou ajak Futaba pergi summer festival tu lagi sekali lagi (yang ni ada dalam OVA 2), and guess what? again... Kou terpaksa mungkir janji sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Dan "hal yang tak dapat nak dielakkan" ni la yang sangat menyakitkan hati aku tau. erghhh.. Kou tinggal kan Futaba demi seorang perempuan yang konon nya Kou kena ada disamping dia sebab Kou je faham apa dia lalui. I was like.. what the heck man? @%%#&&$*#**

Then lepas tu bila Futaba da try to move on dari Kou, and cuba untuk terima lelaki lain. Si Kou ni datang balik nak berebut cinta Futaba. Kat sini aku dah stress gila dah hahahaha.. sebab kan aku dah cakap awal awal tadi.. half of me nak Futaba dengan Kou balik, then other half aku tak nak Futaba terima Kou balik sebab dengan segala apa yang Kou dah buat kat dia. Berbelah bahagi tau perasaan keklin ni. HISH! >_<"

okie.. sampai sini je kot aku boleh cerita, selebihnya korang try tengok sendiri or baca manga tu sampai habis. arghhh sakit kepala aku jap, stress... tekanan perasaan. HAHAHAHA!

*****

My Rating : 6/10

Reason : Love was never fair. :(

*****


Update : just in case sesiapa nak tengok live action movie of Blue Spring Ride ni :) 
click this link ya!





No comments:

Post a Comment

Let's Click!