Friday, August 26, 2016

Alinn Anime Review : AnoHana

*****

Title : Ano Hana : The Flower We Saw That Day 
(Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai : We Still Don't Know the Name of the Flower We Saw That Day)
Number of Episodes : 11
Aired : April 2011
Genre : Drama, Slice of Life, Supernatural
OP : Galileo Galilei - Aoi Shiori 
ED : Meiko Honma, Naruko Anjou, Chiriko Tsurumi - Secret Base (Kimi ga Kureta Mono)

*****

Cerita berkisarkan 6 orang sahabat - Jintan, Yukiatsu, Poppo (boys), Menma, Anaru, Tsuruko (girls), dan cerita ini tentang persahabatan. 

Mereka semua kawan sejak kecik @ sekolah rendah lagi, tapi disebabkan satu insiden, mereka masing masing dah jadi tak rapat lepas masuk sekolah menengah. Insiden yang dimaksudkan adalah kematian Menma, Menma mati sebab terjatuh dalam sungai masa mereka bermain kat secret base mereka, dan sejak kejadian tersebut, Jintan asingkan diri dari dunia luar, dia tak pergi sekolah, dan kawan kawan yang lain pon dah drift apart dan teruskan kehidupan masing masing. 

Tapi pada satu hari masa musim panas, Menma datang jumpa Jintan, dan Jintan tak nak endahkan sebenarnya sebab dia tahu Menma dah mati, tapi macam mana boleh muncul balik kan? So dia just assume yang mungkin dia berhalusinasi disebabkan kepanasan melampau masa musim panas tu. Tapi, dia akhirnya mengalah dan dia akui dia boleh nampak hantu Menma ni, Menma cerita yang roh dia tak dapat nak bersemadi dengan tenang disebabkan ada satu hajat dia yang belum tercapai tapi dia tak ingat apa hajat tu, makanya Jintan buat keputusan untuk tolong Menma capai hajat dia tu. Dalam masa untuk mencari apa hajat sebenar Menma tu, Jintan jumpa balik dengan kawan kawan lama dia, dan dia ceritakan pasal Menma dan macam mana dia boleh nampak Menma. Masalahnya dia sorang je yang boleh nampak Menma, yang lain tak dan mereka macam percaya tak percaya je dengan cakap Jintan ni. Tapi Jintan tak kisah pun, dia berusaha keras untuk tolong Menma dan secara tak langsung, jurang antara Jintan dan kawan kawan yang lain ni semakin lama semakin rapat disebabkan masing masing meluahkan apa yang terbuku dalam hati selepas kematian Menma. 

Cerita ni best, seriously aku ulang banyak kali dah.. haha! Dan dalam 11 episodes tu.. setiap kali episode 11 @ terakhir, aku mesti nanesssssss (T__T).. sedih bak angg.. kekadang tu aku repeat je episode 11 terus, dan masih lagi menangis. Ending masa Menma dah nak hilang sebab hajat dia dah tertunai, part tu sedih. :'(

*****


Dan aku selit sekali lah ya pasal Live-Action Movie cerita AnoHana ni.

Basically, story line 90% ikot anime - Bagus. hehehe.. tapi disebabkan ini movie yang peruntukan masa hanya 2 jam, so aku fahamlah sebab kenapa ada certain certain part yang dalam live action movie ni dia cerita macam skip skip sikit, dan ada yang dia alih timing, contoh dalam anime part mereka bercerita pasal rasa bersalah tu masa nak dekat episode akhir akhir dan masa semua tengah berkumpul, tapi dalam movie dia buat setiap seorang bercerita tapi masa asing asing. Dan jugak cara Menma berkomunikasi dengan kawan kawan yang lain, dalam anime Menma guna diary dia tapi dalam movie ni dia guna bunga api. Tapi still point point penting dalam anime masih lagi ada dalam movie ni. Dan lagi satu sebab aku suka movie ni, pelakon dia 85% sama dengan anime, style diaorang, watak diaorang.. hhahaha.. me likeyyy

Dan masa ending movie ni.... aku nangissss lagiiiii! huwarghhhhh!! aku ingatkan aku tak kan nangis dah sebab dah tahu jalan cerita and macam mana ending dia. Cis bedebah bedah betul laaa citer ni. Cis cis cisssss! huhu~

*****
My Rating (Anime) : 9/10
My Rating (Movie) : 8/10

Reason: we'll be best friend until we die.. right? :'(

*****

" Never choose a friend without a complete understanding, 
and never lose a friend because of a small misunderstanding. " 


p/s: My friend, Mia, cakap dia tak nangis pun tengok citer ni and I was like.. deyyy.. kau hati batu ka bah??? -.-"

No comments:

Post a Comment

Let's Click!