Wednesday, October 26, 2016

Alinn Anime Review : Spirited Away

*****


Title : Sen to Chihiro no Kamikakushi (Spirited Away)
Number of Episode : 1 (Movie)
Aired : July 2001
Genre : Adventure, Drama, Supernatural
OP : Joe Hisaishi - Ano hi no Kawa (Day of the River)
ED : Yumi Kimura - Itsumo Nando Demo (Always With Me)

*****

Antara cerita terhebat oleh Hayao Miyazaki weyh.. siyes rugi tak tengok.. weyh.. dalam tak sedar dah 15 tahun weyh citer ni and aku masih lagi tonton from time to time.. heol~

Ok.. kisah bermula dengan seorang budak perempuan manja mengada nama Chihiro. Opening cerita tunjuk yang dia dan family dia dalam perjalanan ke sebuah daerah baru sebab bapak Chihiro dapat pertukaran tempat kerja. Masa on the way nak ke rumah baru mereka, bapak Chihiro ni tersalah masuk simpang dan akhirnya tersesat.. Tapi, lelaki kan..degil.. mak Chihiro dah suruh patah balik untuk masuk simpang yang betul, tapi bapak Chihiro ni degil, ikut cakap dia jer.. dia ingat dia bagus sangat hagaknyer.. (haa..kan hakak dah maghoh..hahaha!)
Pandu punya pandu kereta tu..akhirnya mereka jumpa jalan mati yang end up dengan terowong yang tak boleh dimasuki oleh kenderaan..kena jalan kaki.. Again..bapak Chihiro yang keras kepala tu nak jenguk jenguk and tengok tengok apa ada disebalik terowong tuh.. Si Chihiro ni dah merengek takut ajak balik.. tapi mak bapak dia nak jugak masuk.. hishhh.. bega bona! Nak tak nak Chihiro yang penakut tu ikut je la mak bapak dia masuk terowong tu.
On the other side of the terowong tu ada sebuah perkampungan/bandar tinggal..dan view dia memang cantik. Mak bapak Chihiro ni pun jalan la lagi lebih dalam untuk tengok tengok.. Jalan jalan sekali mak bapak dia terhidu bau makanan..dah la memang tengah lapar lepas drive seharian..ye dok? hahaha.. Dah jumpa kedai makanan yang bau sedap tu..mak bapak Chihiro ni selamba badak dia jer duduk and makan semua makanan.. Si Chihiro ni dah takut dah, dia siap cakap kalau tuan kedai marah macam mana? bapak dia yang berlageeek tuh cakap ala tak payah risau, bapak boleh bayar..cash ada..card ada..(hamboih kau.. aku tumbok kang baru tau.. hahaha)
Chihiro tak nak join mak bapak dia makan, then dia decide untuk jalan jalan sekitar tempat tu..tiba tiba dia terjumpa seorang budak lelaki, budak lelaki tu terkejut nampak dia and tanya dia buat apa kat sini, sambil jerit kat dia supaya cepat keluar dari tempat ni sebab hari dah nak malam.. Chihiro yang terkejut tengok lelaki tu cepat cepat lari balik ke mak bapak dia sebab nak ajak balik.. tapi.. sampai je kat kedai makan tadi.. sesuatu yang sangat luar jangkaan berlaku! Mak bapak Chihiro yang dok tengah makan tu bertukar jadi BABI! erkkk! Why??
Rupa rupanya..apa yang ada kat sebelah dalam bahagian terowong yang mereka masuk tu adalah dunia hantu..tak ada seorang manusia pun yang hidup dalam tu.. Dan disebabkan mak bapak Chihiro makan makanan hantu hantu tu..mereka dah disumpah bertukar menjadi babi.. Ha..Start dari sini, bemula la kisah kehidupan Chihiro yang bertukar menjadi Sen. Kenapa bertukar? Sebab, kawasan yang Chihiro and family dia masuk tu dijaga oleh Yubaba (nenek minyak / nenek rumah mandi), Yubaba ni ahli sihir yang jahat, dan dia ada sebuah rumah mandi untuk hantu hantu ni datang beristirehat, well orang tua ni tamak sebenarnya..nak buat duit je kerja nye~ kalau sesiapa yang tak bekerja dalam kawasan dia tu..akan disihir bertukar jadi babi dan kemudiannya dimasak dan diberi makan kepada tetamu rumah mandi dia. erk..~  Dan disebabkan Chihiro ni berkerja bawah Yubaba, nama dia ditukar kepada Sen, singkatan untuk Chihiro.. Sebab Yubaba ni control orang orang bawahan dia dengan cara merampas nama diaorang..
Dan ingat tak masa Chihiro awal awal tadi ada seorang budak lelaki yang marah and suruh dia balik cepat cepat? ha.. nama budak lelaki tu Haku, dan dia adalah seorang manusia..like what kan? macam mana manusia boleh hidup dalam dunia tu? And boleh ke budak cembeng macam Chihiro tu survive dalam dunia tu? And siapa Haku sebenarnya? Macam mana dia boleh kenal Chihiro? Boleh ke dia selamatkan mak bapak dia? Boleh ke dia kembali ke dunia asal? Ha..seriously, please watch.. haha.. kalau nak suh keklin citer..abeh panjang sangat nanti entry ni.. hahaha!


*****

HIDDEN MESSAGE in SPIRITED AWAY : 

Haa.. meh sini keklin kongsi sikit fakta menarik pasal cerita ni.. Seperti yang kita tau, Hayao Miyazaki kalau buat cerita memang best best.. and masa keklin tau pasal hidden message dalam cerita ni.. keklin pun terkejut sebab tak sangka yang maksud cerita anime ni sangat mendalam.

Pada zaman Edo dijepun, rumah mandi sebenarnya adalah tempat pelacuran. Perempuan yang bekerja ditempat mandi tersebut selalu dipanggil Yuna(Hot Water Women). Dan Yubaba adalah panggilan untuk "Mak Ayam". 
Nama Chihiro yang ditukar kepada Sen. Dalam rumah mandi pelacuran, mereka menggunakan nama samaran, dan nama sebenar hanya untuk Mak Ayam mereka je yang tahu. 
Bila No-Face offers Chihiro duit/emas, makanan dan barang. Interpretasi untuk scene ini adalah No-face ni seorang lelaki pada zaman Edo yang sedang cuba untuk membeli/melanggan pelacur.

Basically, Spirited Away adalah cerita tentang pelacuran dan corruption terhadap kanak kanak. (T__T)

Fun Fact: Spirited Away ni cerita Box Office yang berjaya kalahkan Titanic tau. :)



*****

My Rating : 10/10

Reason : I've been watching this anime over and over again for the past 15 years. Need more reason? :)

*****

"Nothing that happens is ever forgotten, even if you can't remember it."



**Still waiting for Spirited Away 2..(T__T)**

Monday, October 24, 2016

Alinn Anime Review : Kyoukai no Kanata

*****


Title : Kyoukai no Kanata (Beyond the Boundary)
Number of Episodes : 12
Special Episode : 1
Aired : October 2013
Genre : Action, Fantasy, Slice of Life, Supernatural
OP : Minori Chihara - Kyoukai no Kanata
ED : Stereo Dive Foundation - Daisy 

*****

~fuyukai desu~

hehehe.. okie okie.. keklin nak cakap jujur sikit la pasal citer ni kayh.. sebenar tak tahu pun pasal citer ni.. I fell in love with the Ending Song first then baru cari pasal citer ni.. huhuhu.. lagu Daisy tu sedap weyh.. (T__T) tolong la paham.. hahaha!

okie.. citer ni pasal supernatural sikit.. so jangan expect ada cerita manusia normal dalam ni.. haha.. Seorang budak perempuan bernama Mirai adalah manusia terakhir dalam puak Spirit World Warrior, dia boleh menggunakan darah dia sebagai senjata. Dan kerja si Mirai ni adalah untuk menangkap mahluk "yeomu" sejenis mahluk jahat yang hidup atas tenaga negatif manusia. Ada satu hari masa si Mirai ni tengah dok cari yeomu tu kat atas bumbung building sekolah dia, datang seorang lelaki nama Akihito, sebabnya Akihito ni ingat dia nak bunuh diri.. hahaha! so bila si Akihito ni nampak Mirai atas bumbung cepat cepat dia lari naik konon nak pujuk Mirai ni jangan bunuh diri.. sebab dia suka perempuan yang pakai spek mata.. hahahaha.. macam GEEEEE~ je kan? then.. bila Akihito ni habis cakap je.. tetiba si Mirai serang Akihito, dengan kuasa darah dia yang boleh jadi senjata, dia pergi tikam si Akihito ni.. haaaa~ kenapa? kenapa? kenapakahh? kan? hahahha! Rupa rupa nya... si Akihito ni adalah separuh manusia dan separuh yeomu.. kihkihkih~

Akihito ni adalah sejenis yeomu yang sangat kuat kalau dia hilang kawalan.. and masa episode nak dekat dekat akhir nanti.. akan tengok macam mana Akihito ni hilang kawalan and Mirai korbankan diri dia untuk selamatkan Akihito dari "Kyoukai no kanata" tu.. hehe~ 

okie.. selesai dah la kan part pengenalan.. Nak tahu selebihnya.. sila tonton.. ala~ 12 episodes jer.. jangan risau.. hikhik~ Cerita ni quite fun la.. Sebab cerita tentang percintaan seorang pembunuh yeomu dan juga seorang manusia separuh yeomu.. And ada jugak cerita pasal diaorang masa kat sekolah.. macam mana diaorang pergi buru yeomu sama sama.. So jalan cerita ni tak akan boring sangat.. hehe~ 

Masa mula mula terjumpa lagu Daisy ni dekat Youtube, aku ingatkan cerita ni akan buat aku menangis macam Ano Hana. Tapi jangkaan ai is meleset.. haha.. tak berapa sedih sangat pun.. Ending dia tak ada pun sampai part nak sedu sedan.. haha! Kenapa aku expect cerita ni sedih? sebab.. korang dengar la lagu Daisy tuh.. lirik and melodi lagu tu akan explain on behalf aku.. hahaha~ 


*****
My Rating : 7/10

Reason : There's a lot of good quotes in this anime.. I loved it!

*****

" Because you're here, I have a reason to live."


*****
Extra 

psst, I've told you.. He loves glasses. haha!




Let's Click!