Friday, November 4, 2016

Alinn Anime Review : Guilty Crown

*****


Title : Guilty Crown
Number of Episodes : 22
OVA : 2
Aired : October 2011
Genre : Action, Drama, Romance, Sci-Fi, Supernatural
OP : Egoist - Euterpe (ep 1)
Supercell - My Dearest (ep 2 - 12)
Egoist - The Evelasting Guilty Crown (ep 13 - 22) 
ED : Egoist - Departures ~ Anata ni Okuru Ai no Uta (ep 1-12, 22)
Koeda - Kokuhaku (ep 13 - 21)

*****

Episode pertama cerita ni aku tengok 3 kali weyh.. hahahaha! Sebab apa? Sumpah lagu Euterpe tu sedap.. and episode pertama cerita ni bagi aku.. agak best gak laaa.. sebab tu aku boleh ulang sampai 3 kali sebelum sambung next episode.. hahaha~

Kisah tentang Jepun selepas dimusnahkan oleh Apocalypse Virus yang terjadi selepas kejadian Lost Chirstmas. Inori ni adalah seorang ahli kumpulan "Funeral Parlor", ala ala puak penentang askar la camtu..sebab selepas kejadian Lost Christmas, askar askar sangat kejam dan bertindak sesuka hati mereka hanya kerana mereka lebih kuat. Gai, ketua kumpulan "Funeral Parlor" ni arahkan Inori untuk curi satu senjata dari pihak askar, "Power of the King". Tapi masa nak melarikan diri dari pihak askar yang dok kejar dia tu, dia sembunyikan diri dekat dalam kawasan sekolah Shu, dan si Shu ni yang terjumpa Inori cuba la nak tolong dia. Dan dalam masa kejar mengejar, tembak menembak, selamat menyelamatkan ni la.. bekas "Power of the King" terpecah dan kuasa yang ada tu termasuk dalam badan Shu. Dan dijadikan laaa cerita si Shu ni kena la join group tu secara paksa rela (Sebenarnya dia join sebab dia nak dekat Inori). 
Hurm.. sebenarnya tak tahu macam mana nak explain details pasal  cerita ni sebab dia agak berbelit sikit. Sebab sebenarnya Gai kenal Shu dari awal lagi. Dan pasal Lost Christmas tu pula sebenarnya ada kena mengena dengan Shu cuma lepas kejadian tu Shu hilang ingatan. And macam mana si Inori ni boleh wujud. And pasal mak Shu ni sebenarnya bekerja dengan pihak askar sebagai scientist, and macam mana nanti Shu kena sorokkan pasal kumpulan penentang tu.. And macam mana cerita pasal bapak Shu boleh mati ada kene mengena dengan senjata yang ada dalam badan dia tu. And pasal Inori sebenarnya dicipta untuk menjadi badan tumpangan untuk kakak Shu (ha pulak?) hahaha~
Haaa.. Seriously banyak nak explain..tapi kena tengok la kot baru paham.. hahaha.. Apa apa pun.. ending citer ni buat aku nangis. Sebab.. sebab.. Inori.. ermm.. ermm.. (T__T)

Somehow bila aku tengok cerita ni, it kinda gave me "Code Geass" dengan "Charlotte" anime punya vibe. Jalan cerita and plot twist yang ala ala sama tapi tak serupa..and.. bukan aku sorang je yang cakap hokeyh.. kalau hangpa pi tanya cik google.. serious akan jumpa banyak forum yang debatkan pasal the similarities between these anime.. huhu.. Selamat menonton! 


*****
My Rating : 7/10

Reason : This anime make me fall in love with Egoist.

*****

"Even if everyone say you're a liar, even if you hate yourself, I'll be by your side."




Let's Click!