Wednesday, August 26, 2020

Kuchengs Keklinn

 Biodata kucing keklinns

D.O.B : 13.03.2020
1 Female, 2 Male
Cute, Lovable, Cute hahaha



Chipmunk (Baby Girl)

Simba

Bebot

Throwback



Next post, gambar diaorang dah besar (latest)

;)

adios~

Wednesday, October 25, 2017

Mengalah

All I need is

But then what I think I need to do is

Because I’m tired, and it’s become unbearable more and more and more as the time passed by.

Should I continue or should I give up?


Xoxo,
LoveLynn

Friday, November 4, 2016

Alinn Anime Review : Guilty Crown

*****


Title : Guilty Crown
Number of Episodes : 22
OVA : 2
Aired : October 2011
Genre : Action, Drama, Romance, Sci-Fi, Supernatural
OP : Egoist - Euterpe (ep 1)
Supercell - My Dearest (ep 2 - 12)
Egoist - The Evelasting Guilty Crown (ep 13 - 22) 
ED : Egoist - Departures ~ Anata ni Okuru Ai no Uta (ep 1-12, 22)
Koeda - Kokuhaku (ep 13 - 21)

*****

Episode pertama cerita ni aku tengok 3 kali weyh.. hahahaha! Sebab apa? Sumpah lagu Euterpe tu sedap.. and episode pertama cerita ni bagi aku.. agak best gak laaa.. sebab tu aku boleh ulang sampai 3 kali sebelum sambung next episode.. hahaha~

Kisah tentang Jepun selepas dimusnahkan oleh Apocalypse Virus yang terjadi selepas kejadian Lost Chirstmas. Inori ni adalah seorang ahli kumpulan "Funeral Parlor", ala ala puak penentang askar la camtu..sebab selepas kejadian Lost Christmas, askar askar sangat kejam dan bertindak sesuka hati mereka hanya kerana mereka lebih kuat. Gai, ketua kumpulan "Funeral Parlor" ni arahkan Inori untuk curi satu senjata dari pihak askar, "Power of the King". Tapi masa nak melarikan diri dari pihak askar yang dok kejar dia tu, dia sembunyikan diri dekat dalam kawasan sekolah Shu, dan si Shu ni yang terjumpa Inori cuba la nak tolong dia. Dan dalam masa kejar mengejar, tembak menembak, selamat menyelamatkan ni la.. bekas "Power of the King" terpecah dan kuasa yang ada tu termasuk dalam badan Shu. Dan dijadikan laaa cerita si Shu ni kena la join group tu secara paksa rela (Sebenarnya dia join sebab dia nak dekat Inori). 
Hurm.. sebenarnya tak tahu macam mana nak explain details pasal  cerita ni sebab dia agak berbelit sikit. Sebab sebenarnya Gai kenal Shu dari awal lagi. Dan pasal Lost Christmas tu pula sebenarnya ada kena mengena dengan Shu cuma lepas kejadian tu Shu hilang ingatan. And macam mana si Inori ni boleh wujud. And pasal mak Shu ni sebenarnya bekerja dengan pihak askar sebagai scientist, and macam mana nanti Shu kena sorokkan pasal kumpulan penentang tu.. And macam mana cerita pasal bapak Shu boleh mati ada kene mengena dengan senjata yang ada dalam badan dia tu. And pasal Inori sebenarnya dicipta untuk menjadi badan tumpangan untuk kakak Shu (ha pulak?) hahaha~
Haaa.. Seriously banyak nak explain..tapi kena tengok la kot baru paham.. hahaha.. Apa apa pun.. ending citer ni buat aku nangis. Sebab.. sebab.. Inori.. ermm.. ermm.. (T__T)

Somehow bila aku tengok cerita ni, it kinda gave me "Code Geass" dengan "Charlotte" anime punya vibe. Jalan cerita and plot twist yang ala ala sama tapi tak serupa..and.. bukan aku sorang je yang cakap hokeyh.. kalau hangpa pi tanya cik google.. serious akan jumpa banyak forum yang debatkan pasal the similarities between these anime.. huhu.. Selamat menonton! 


*****
My Rating : 7/10

Reason : This anime make me fall in love with Egoist.

*****

"Even if everyone say you're a liar, even if you hate yourself, I'll be by your side."




Wednesday, October 26, 2016

Alinn Anime Review : Spirited Away

*****


Title : Sen to Chihiro no Kamikakushi (Spirited Away)
Number of Episode : 1 (Movie)
Aired : July 2001
Genre : Adventure, Drama, Supernatural
OP : Joe Hisaishi - Ano hi no Kawa (Day of the River)
ED : Yumi Kimura - Itsumo Nando Demo (Always With Me)

*****

Antara cerita terhebat oleh Hayao Miyazaki weyh.. siyes rugi tak tengok.. weyh.. dalam tak sedar dah 15 tahun weyh citer ni and aku masih lagi tonton from time to time.. heol~

Ok.. kisah bermula dengan seorang budak perempuan manja mengada nama Chihiro. Opening cerita tunjuk yang dia dan family dia dalam perjalanan ke sebuah daerah baru sebab bapak Chihiro dapat pertukaran tempat kerja. Masa on the way nak ke rumah baru mereka, bapak Chihiro ni tersalah masuk simpang dan akhirnya tersesat.. Tapi, lelaki kan..degil.. mak Chihiro dah suruh patah balik untuk masuk simpang yang betul, tapi bapak Chihiro ni degil, ikut cakap dia jer.. dia ingat dia bagus sangat hagaknyer.. (haa..kan hakak dah maghoh..hahaha!)
Pandu punya pandu kereta tu..akhirnya mereka jumpa jalan mati yang end up dengan terowong yang tak boleh dimasuki oleh kenderaan..kena jalan kaki.. Again..bapak Chihiro yang keras kepala tu nak jenguk jenguk and tengok tengok apa ada disebalik terowong tuh.. Si Chihiro ni dah merengek takut ajak balik.. tapi mak bapak dia nak jugak masuk.. hishhh.. bega bona! Nak tak nak Chihiro yang penakut tu ikut je la mak bapak dia masuk terowong tu.
On the other side of the terowong tu ada sebuah perkampungan/bandar tinggal..dan view dia memang cantik. Mak bapak Chihiro ni pun jalan la lagi lebih dalam untuk tengok tengok.. Jalan jalan sekali mak bapak dia terhidu bau makanan..dah la memang tengah lapar lepas drive seharian..ye dok? hahaha.. Dah jumpa kedai makanan yang bau sedap tu..mak bapak Chihiro ni selamba badak dia jer duduk and makan semua makanan.. Si Chihiro ni dah takut dah, dia siap cakap kalau tuan kedai marah macam mana? bapak dia yang berlageeek tuh cakap ala tak payah risau, bapak boleh bayar..cash ada..card ada..(hamboih kau.. aku tumbok kang baru tau.. hahaha)
Chihiro tak nak join mak bapak dia makan, then dia decide untuk jalan jalan sekitar tempat tu..tiba tiba dia terjumpa seorang budak lelaki, budak lelaki tu terkejut nampak dia and tanya dia buat apa kat sini, sambil jerit kat dia supaya cepat keluar dari tempat ni sebab hari dah nak malam.. Chihiro yang terkejut tengok lelaki tu cepat cepat lari balik ke mak bapak dia sebab nak ajak balik.. tapi.. sampai je kat kedai makan tadi.. sesuatu yang sangat luar jangkaan berlaku! Mak bapak Chihiro yang dok tengah makan tu bertukar jadi BABI! erkkk! Why??
Rupa rupanya..apa yang ada kat sebelah dalam bahagian terowong yang mereka masuk tu adalah dunia hantu..tak ada seorang manusia pun yang hidup dalam tu.. Dan disebabkan mak bapak Chihiro makan makanan hantu hantu tu..mereka dah disumpah bertukar menjadi babi.. Ha..Start dari sini, bemula la kisah kehidupan Chihiro yang bertukar menjadi Sen. Kenapa bertukar? Sebab, kawasan yang Chihiro and family dia masuk tu dijaga oleh Yubaba (nenek minyak / nenek rumah mandi), Yubaba ni ahli sihir yang jahat, dan dia ada sebuah rumah mandi untuk hantu hantu ni datang beristirehat, well orang tua ni tamak sebenarnya..nak buat duit je kerja nye~ kalau sesiapa yang tak bekerja dalam kawasan dia tu..akan disihir bertukar jadi babi dan kemudiannya dimasak dan diberi makan kepada tetamu rumah mandi dia. erk..~  Dan disebabkan Chihiro ni berkerja bawah Yubaba, nama dia ditukar kepada Sen, singkatan untuk Chihiro.. Sebab Yubaba ni control orang orang bawahan dia dengan cara merampas nama diaorang..
Dan ingat tak masa Chihiro awal awal tadi ada seorang budak lelaki yang marah and suruh dia balik cepat cepat? ha.. nama budak lelaki tu Haku, dan dia adalah seorang manusia..like what kan? macam mana manusia boleh hidup dalam dunia tu? And boleh ke budak cembeng macam Chihiro tu survive dalam dunia tu? And siapa Haku sebenarnya? Macam mana dia boleh kenal Chihiro? Boleh ke dia selamatkan mak bapak dia? Boleh ke dia kembali ke dunia asal? Ha..seriously, please watch.. haha.. kalau nak suh keklin citer..abeh panjang sangat nanti entry ni.. hahaha!


*****

HIDDEN MESSAGE in SPIRITED AWAY : 

Haa.. meh sini keklin kongsi sikit fakta menarik pasal cerita ni.. Seperti yang kita tau, Hayao Miyazaki kalau buat cerita memang best best.. and masa keklin tau pasal hidden message dalam cerita ni.. keklin pun terkejut sebab tak sangka yang maksud cerita anime ni sangat mendalam.

Pada zaman Edo dijepun, rumah mandi sebenarnya adalah tempat pelacuran. Perempuan yang bekerja ditempat mandi tersebut selalu dipanggil Yuna(Hot Water Women). Dan Yubaba adalah panggilan untuk "Mak Ayam". 
Nama Chihiro yang ditukar kepada Sen. Dalam rumah mandi pelacuran, mereka menggunakan nama samaran, dan nama sebenar hanya untuk Mak Ayam mereka je yang tahu. 
Bila No-Face offers Chihiro duit/emas, makanan dan barang. Interpretasi untuk scene ini adalah No-face ni seorang lelaki pada zaman Edo yang sedang cuba untuk membeli/melanggan pelacur.

Basically, Spirited Away adalah cerita tentang pelacuran dan corruption terhadap kanak kanak. (T__T)

Fun Fact: Spirited Away ni cerita Box Office yang berjaya kalahkan Titanic tau. :)



*****

My Rating : 10/10

Reason : I've been watching this anime over and over again for the past 15 years. Need more reason? :)

*****

"Nothing that happens is ever forgotten, even if you can't remember it."



**Still waiting for Spirited Away 2..(T__T)**

Monday, October 24, 2016

Alinn Anime Review : Kyoukai no Kanata

*****


Title : Kyoukai no Kanata (Beyond the Boundary)
Number of Episodes : 12
Special Episode : 1
Aired : October 2013
Genre : Action, Fantasy, Slice of Life, Supernatural
OP : Minori Chihara - Kyoukai no Kanata
ED : Stereo Dive Foundation - Daisy 

*****

~fuyukai desu~

hehehe.. okie okie.. keklin nak cakap jujur sikit la pasal citer ni kayh.. sebenar tak tahu pun pasal citer ni.. I fell in love with the Ending Song first then baru cari pasal citer ni.. huhuhu.. lagu Daisy tu sedap weyh.. (T__T) tolong la paham.. hahaha!

okie.. citer ni pasal supernatural sikit.. so jangan expect ada cerita manusia normal dalam ni.. haha.. Seorang budak perempuan bernama Mirai adalah manusia terakhir dalam puak Spirit World Warrior, dia boleh menggunakan darah dia sebagai senjata. Dan kerja si Mirai ni adalah untuk menangkap mahluk "yeomu" sejenis mahluk jahat yang hidup atas tenaga negatif manusia. Ada satu hari masa si Mirai ni tengah dok cari yeomu tu kat atas bumbung building sekolah dia, datang seorang lelaki nama Akihito, sebabnya Akihito ni ingat dia nak bunuh diri.. hahaha! so bila si Akihito ni nampak Mirai atas bumbung cepat cepat dia lari naik konon nak pujuk Mirai ni jangan bunuh diri.. sebab dia suka perempuan yang pakai spek mata.. hahahaha.. macam GEEEEE~ je kan? then.. bila Akihito ni habis cakap je.. tetiba si Mirai serang Akihito, dengan kuasa darah dia yang boleh jadi senjata, dia pergi tikam si Akihito ni.. haaaa~ kenapa? kenapa? kenapakahh? kan? hahahha! Rupa rupa nya... si Akihito ni adalah separuh manusia dan separuh yeomu.. kihkihkih~

Akihito ni adalah sejenis yeomu yang sangat kuat kalau dia hilang kawalan.. and masa episode nak dekat dekat akhir nanti.. akan tengok macam mana Akihito ni hilang kawalan and Mirai korbankan diri dia untuk selamatkan Akihito dari "Kyoukai no kanata" tu.. hehe~ 

okie.. selesai dah la kan part pengenalan.. Nak tahu selebihnya.. sila tonton.. ala~ 12 episodes jer.. jangan risau.. hikhik~ Cerita ni quite fun la.. Sebab cerita tentang percintaan seorang pembunuh yeomu dan juga seorang manusia separuh yeomu.. And ada jugak cerita pasal diaorang masa kat sekolah.. macam mana diaorang pergi buru yeomu sama sama.. So jalan cerita ni tak akan boring sangat.. hehe~ 

Masa mula mula terjumpa lagu Daisy ni dekat Youtube, aku ingatkan cerita ni akan buat aku menangis macam Ano Hana. Tapi jangkaan ai is meleset.. haha.. tak berapa sedih sangat pun.. Ending dia tak ada pun sampai part nak sedu sedan.. haha! Kenapa aku expect cerita ni sedih? sebab.. korang dengar la lagu Daisy tuh.. lirik and melodi lagu tu akan explain on behalf aku.. hahaha~ 


*****
My Rating : 7/10

Reason : There's a lot of good quotes in this anime.. I loved it!

*****

" Because you're here, I have a reason to live."


*****
Extra 

psst, I've told you.. He loves glasses. haha!




Friday, September 2, 2016

Alinn Anime Review : Hotarubi no Mori e (Movie)

*****


Title : Hotarubi no Mori e (Into the Forest of Fireflies' Light)
Number of Episode : 1 (Movie)
Aired : September 2011
Genre : Romance, Shoujo, Drama, Supernatural
OP : -
ED : Shizuru Ootaka - Natsu wo Miteita

*****

Cerita ni movie pendek yang berdurasikan hanya dalam 50 minit. Tentang dua orang yang tak sepatutnya bertemu tapi akhirnya takdir menentukan segalanya.. (cewahhh~)

Kisah tentang seorang budak perempuan bernama Hotaru yang menetap dirumah uncle dia waktu musim panas, dan dia pergi bermain dikawasan hutan gunung belakang rumah uncle dia tu dan dia sesat tak jumpa jalan keluar. Hotaru kemudian berjumpa dengan lelaki bernama Gin dan Gin tunjukkan Hotaru jalan keluar dari hutan tu..tapi Gin ni bukan manusia, walaupun bentuk badan, suara, rupa dia memang mengambarkan yang dia tu manusia. Satu sahaja kelemahan Gin iaitu tak boleh disentuh oleh manusia, kalau tak Gin akan hilang/lenyap dari dunia ni selamanya. Dan bermula dari perkenalan tu, setiap kali musim panas Hotaru akan pergi ke rumah uncle dia dan tujuan dia hanya satu, untuk berjumpa dengan Gin. Mereka tetap berkawan dan berjumpa setiap tahun padan musim panas sampailah si Hotaru ni da besar. 

Time is their enemy.. tu antara apa yang aku boleh gambarkan dalam cerita ni.. Mereka masing ada perasaan lebih dari kawan terhadap masing masing.. and yet, mereka tidak berjumpa selama 3 musim. Walaupun mereka hanya dapat bersama pada musim panas, mereka sangat menghargai masa mereka bersama. Dan mereka tidak boleh sentuh each other, mereka tidak boleh berjumpa luar dari kawasan hutan tu, dan mereka tidak boleh berjumpa selain daripada waktu musim panas.. it hurts me you know.. huuu~

Aku tak tahu macam mana nak review lebih details pasal cerita ni sebab.. korang kena tengok sendiri.. Cerita ni agak sedih, tapi tak ada lah sampai tahap meleleh air mata.. tapi memang sedih dan masa aku habis tengok cerita ni..bulu roma tangan aku meremang.. haha.. tak tahu nape weyhhh! (T__T)

Dan dari desas desus yang aku dengar, penulis cerita ni sebenarnya buat cerita ni khas untuk kawan dia yang telah mati akibat cancer.. hurm.. :(

It's hurts when someone become so important to you and yet, you can never see him/her again.. ever.. :(


*****
My Rating : 8/10

Reason : Gin said - "It's okay to forget me" :'(

*****

"It's hard to forget someone who gave you so much to REMEMBER."



Monday, August 29, 2016

Make Me Believe in Love Again



Make me believe in love again.
To the one I'll end up with,
Love is not easy. It never will be. So I hope that you can find your love for me in your heart, for when the time comes that your mind couldn't process your love for me, I know that your heart will.
Love is just not about happiness. It is also about sacrifice, compromise, and a lot of other unpleasant things. So let's make a very firm foundation of love, trust, and respect so that when the going gets tough, we will give it a good fight.
I hope that you won't give up on me. I do not wake up at the right side of the bed all the time. Believe me, I have mood swings and it will drive you crazy. The good side that you see often is only half of who I am. I hope that you'd stay when you get to see the other half of me and believe me, it is not pleasant at all. I hope that you'd understand my insecurities and assure me that you are mine. I tend to get jealous; not that I don't trust you, it's just that I am afraid to lose you, I am afraid of losing someone that I love, I am afraid of getting hurt. I am afraid of a lot of things and I hope you'd banish that fear. I cannot say all of the bad things about me, I guess, it is for you to find out and I hope that when you do, you'd still think that I am worth the stay.
Make me believe, please. Understand that someone broke my heart into tiny pieces and although I took my time putting myself all together, the scar will be there. Mend that scar. Make me believe in love again because, honestly, right now, I don't. Make me believe in love, make me want to love all over again. Make me believe that we could last a lifetime, because someone fucked up the meaning of "forever" for me. Give me a reason to wake up and look forward to each day, because right now, I don't even know why I need to wake up anymore.
I loved someone so much and I thought that person is my greatest love. Surpass that. Be the one who is even greater than the greatest love that I had.
I hope that when God lets you in my life, I am ready. I want you to come at the right time because I don't want to give you the burden of healing me. Trust me, I am trying to heal myself right now and I am not just trying, I am trying very hard.
And if ever you are meant for me, I hope you are meant to stay. I am already in the stage of life where all I want is something serious and something that would last.
And if ever you turn out to be the person who shattered my heart into pieces, my greatest love, I hope this time you already know my worth. I hope this time you are meant to stay.

-From A to Z-

Courtesy from FB

Friday, August 26, 2016

Alinn Anime Review : AnoHana

*****

Title : Ano Hana : The Flower We Saw That Day 
(Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai : We Still Don't Know the Name of the Flower We Saw That Day)
Number of Episodes : 11
Aired : April 2011
Genre : Drama, Slice of Life, Supernatural
OP : Galileo Galilei - Aoi Shiori 
ED : Meiko Honma, Naruko Anjou, Chiriko Tsurumi - Secret Base (Kimi ga Kureta Mono)

*****

Cerita berkisarkan 6 orang sahabat - Jintan, Yukiatsu, Poppo (boys), Menma, Anaru, Tsuruko (girls), dan cerita ini tentang persahabatan. 

Mereka semua kawan sejak kecik @ sekolah rendah lagi, tapi disebabkan satu insiden, mereka masing masing dah jadi tak rapat lepas masuk sekolah menengah. Insiden yang dimaksudkan adalah kematian Menma, Menma mati sebab terjatuh dalam sungai masa mereka bermain kat secret base mereka, dan sejak kejadian tersebut, Jintan asingkan diri dari dunia luar, dia tak pergi sekolah, dan kawan kawan yang lain pon dah drift apart dan teruskan kehidupan masing masing. 

Tapi pada satu hari masa musim panas, Menma datang jumpa Jintan, dan Jintan tak nak endahkan sebenarnya sebab dia tahu Menma dah mati, tapi macam mana boleh muncul balik kan? So dia just assume yang mungkin dia berhalusinasi disebabkan kepanasan melampau masa musim panas tu. Tapi, dia akhirnya mengalah dan dia akui dia boleh nampak hantu Menma ni, Menma cerita yang roh dia tak dapat nak bersemadi dengan tenang disebabkan ada satu hajat dia yang belum tercapai tapi dia tak ingat apa hajat tu, makanya Jintan buat keputusan untuk tolong Menma capai hajat dia tu. Dalam masa untuk mencari apa hajat sebenar Menma tu, Jintan jumpa balik dengan kawan kawan lama dia, dan dia ceritakan pasal Menma dan macam mana dia boleh nampak Menma. Masalahnya dia sorang je yang boleh nampak Menma, yang lain tak dan mereka macam percaya tak percaya je dengan cakap Jintan ni. Tapi Jintan tak kisah pun, dia berusaha keras untuk tolong Menma dan secara tak langsung, jurang antara Jintan dan kawan kawan yang lain ni semakin lama semakin rapat disebabkan masing masing meluahkan apa yang terbuku dalam hati selepas kematian Menma. 

Cerita ni best, seriously aku ulang banyak kali dah.. haha! Dan dalam 11 episodes tu.. setiap kali episode 11 @ terakhir, aku mesti nanesssssss (T__T).. sedih bak angg.. kekadang tu aku repeat je episode 11 terus, dan masih lagi menangis. Ending masa Menma dah nak hilang sebab hajat dia dah tertunai, part tu sedih. :'(

*****


Dan aku selit sekali lah ya pasal Live-Action Movie cerita AnoHana ni.

Basically, story line 90% ikot anime - Bagus. hehehe.. tapi disebabkan ini movie yang peruntukan masa hanya 2 jam, so aku fahamlah sebab kenapa ada certain certain part yang dalam live action movie ni dia cerita macam skip skip sikit, dan ada yang dia alih timing, contoh dalam anime part mereka bercerita pasal rasa bersalah tu masa nak dekat episode akhir akhir dan masa semua tengah berkumpul, tapi dalam movie dia buat setiap seorang bercerita tapi masa asing asing. Dan jugak cara Menma berkomunikasi dengan kawan kawan yang lain, dalam anime Menma guna diary dia tapi dalam movie ni dia guna bunga api. Tapi still point point penting dalam anime masih lagi ada dalam movie ni. Dan lagi satu sebab aku suka movie ni, pelakon dia 85% sama dengan anime, style diaorang, watak diaorang.. hhahaha.. me likeyyy

Dan masa ending movie ni.... aku nangissss lagiiiii! huwarghhhhh!! aku ingatkan aku tak kan nangis dah sebab dah tahu jalan cerita and macam mana ending dia. Cis bedebah bedah betul laaa citer ni. Cis cis cisssss! huhu~

*****
My Rating (Anime) : 9/10
My Rating (Movie) : 8/10

Reason: we'll be best friend until we die.. right? :'(

*****

" Never choose a friend without a complete understanding, 
and never lose a friend because of a small misunderstanding. " 


p/s: My friend, Mia, cakap dia tak nangis pun tengok citer ni and I was like.. deyyy.. kau hati batu ka bah??? -.-"

Friday, August 12, 2016

Alinn Drama Review : From Five To Nine

*****


Title : From Five to Nine
Number of Episodes : 10
Aired : October 2015
Genre : Comedy, Drama, Manga, Romance
OST : Back Number - Christmas Song

*****

Cerita ni comel. lalalalala~hahaha..
and tambah pulak ada Yamapi kan? memang ler aku nak tengok.. muahahaha!
ok ok.. cerita ni pasal percintaan seorang sami - Takane, erm.. sami modern ok.. handsome plak tuh.. hahahaha.. dengan seorang guru bahasa English - Junko yang bercita cita untuk ke New York.

Permulaan cerita ni  dalam sebuah upacara pengebumian kenalan parents Junko, dan Takane adalah sami yang ditugaskan untuk menjalankan upacara tu. Sampai part kena bagi sembah hormat, Junko pon kena la berjalan pergi ke arah tempat nak cucuk colok tu.. tapi masalahnya kaki dia sesemut/krem sebab lama sangat duduk. hahaha~ jalan punya jalan, sekali dia tak dapat nak kawal kaki dia and dia tersadung kat meja colok tu.. dannnn.. bekas abu tempat cucuk colok tu terbang dan tertangkup atas kepala sami/Takane tu.. hahahahaha! koraso??? tak ke malu yahamattt?? hahahahaha! Memang dalam kepala Junko time dah tak nak la kan jumpa sami tu sampai bila bila..

Kemuadian nya.. pada satu hari.. family Junko ajak Junko makan luar, kononnya nak celebrate advance birthday.. kononnya la.. hahahah.. Sampai jer kat restoran yang dijanjikan, orang yang tunggu Junko bukan family Junko..tapi Takane! Sami yang dia nak elakkan tu.. hahaha! rupanya tu adalah matchmaking session yang family Junko buat dalam diam. hehe~ Sebab nya si Takane ni suka kat Junko, dan dia sangat persistence dalam mengejar cinta Junko, sampai orang tu naik rimas. haha.. Salah satu contoh, Takane register masuk dalam kelas bahasa English Junko ni, sebab nak jumpa selalu, padahalllllll.. dia punya English.. hahaha~ jengjengjeng~ Dalam masa yang sama kawan Junko sejak kecik, Mishima, suka kat Junko. Tapi Junko tak tahu.. Junko ni pulak sebenarnya suka kat senior dia, Makoto. Dan bahagian Takane pulak, nenek dia tak suka Junko ni sebab dia rasa Junko seorang gadis moden yang tak sesuai untuk jadi seorang isteri kepada sami dan hidup dikehidupan dalam tokong, makanya nenek dia nak jodohkan dia dengan perempuan lain, Kaori. Haaa.. nampakkan berbelit plot cerita ni? hewhew~

Bagi aku cerita ni simple and sweet.. pas tu lawak dia pon cam comel jer cam comel jerrr~ hahahaha! Lagi lagi Yamapi sebab seriously dia sangat sesuai berlakon watak Takane tu, kena dengan muka and personality dia.. Dan dalam cerita ni jugak aku tak ada second lead syndrome, sebab Takane dan Makoto sangat baik dengan Junko, so jujur aku tak kisah pun at the end Junko nak pilih siapa. But well, mesti la Junko ikut kata hati dia kan? hehe~~

psst.. aku tengok ni aku nangis time episode 9. sedih weyh kena buat jahat dengan nenek Takane, gave up on her dream demi Takane, dan sampai Takane tinggalkan dia.. dan.. dan.. dan... *huwarghhhhh~*


*****

My Rating : 7/10

Reason: Yamapi why so cute??? (Sorry~ bias~) :P

*****

p/s: Memula tengok cerita ni tak perasan pun yang lead tu Yamapi sebab, Yamapi yang aku kenal zaman jpop aku dulu tu macam ni! hahahaha! 





Friday, August 5, 2016

Alinn Anime Review : Your Lie in April

*****


Title : Your Lie in April (Shigatsu wa Kimi no Uso)
Number of Episodes : 22
OVA : 1
Aired : October 2014
Genre : Drama, Music, Romance, School, Shounen
OP : Goose House - Hikaru Nara (ep 1 - 11)
Coala Mode - Nanairo Symphony (ep 12 - 22) 
ED : Wacci - Kirameki (ep 1 - 11)
By 7!! - Orange (ep 12 - 22)

*****

Ini adalah anime berkisarkan tentang music; piano dan violin. 

Arima Kousei, seorang pemain piano yang genius sejak dia kecik lagi. Sebab dalam mana mana pertandingan dia akan dapat no.1. Tetapi lepas kematian  mak dia, yang jugak cikgu piano dia, semua dah berubah. Kousei dah tak boleh dengar any notes piano yang dia mainkan, by this I mean notes yang dia sendiri mainkan sahaja yer, dia tak pekak or anything, pendengaran dia ok jer, tapi setiap kali dia main piano, note note lagu yang dia main tu hilang seolahnya dia rasa dia tenggelam dalam lautan dalam dan tak boleh dengar apa apa. Dia hanya tak boleh dengar notes yang dia sendiri mainkan dan terus dia berhenti jadi pianist.  Some psychological effect here, effect dari kematian mak Kousei. Sebab mak Kousei ni garang and kuat dera Kousei dalam latihan piano dia, dengan alasan supaya Kousei dapat jadi yang terbaik dan dapat capai impian yang mak dia nak tapi tak dapat. 

2 tahun selepas Kousei behenti jadi pianist, datang seorang perempuan bernama Kaori, seorang violinist muncul dalam hidup Kousei. Awal perkenalan mereka adalah disebabkan Tsubaki (kawan baik Kousei), bawak jumpa sebab Kaori sukakan Ryouta, (another good friend of them). Tsubaki cakap Kousei hanya perlu menjadi "Kawan A" untuk jayakan hubungan Kaori dan Ryouta, dan Kousei terima jer watak tu. Kemudiannya mereka pergi tengok pertandingan violin yang Kaori ni join. Time ni Kousei termangu sebab Kaori main notes lagu langsung tak ikut aturan yang asal, dia hanya play by her heart and feels, yang sangat kontra dengan Kousei yang telah diasuh sejak kecik untuk untuk setiap notes dalam setiap lagu 100% tepat dan wajib ikut rules, hasil didikan dari mak dia yang abusive. And then secara tiba tiba Kaori lantik Kousei jadi peneman dia dalam persembahan sebagai pianist. So, macam mana dia nak overcome trauma dia kan? dapat ke dia buat persembahan kalau dia tak boleh dengar any notes yang dia mainkan?? Bila dah banyak kali praktis dan jumpa selalu, Kousei sedar yang sebenarnya dia dah jatuh hati pada Kaori, tapi Kousei simpan je perasaan dia tu sebab dia sedar yang Kaori sukakan Ryouta, bukan dia. hmmm.. :(

Anime ni bagi aku penuh dengan feel. Setiap episode tak pernah fail untuk mereka convey those feeling pada viewers, (well at least to me..). 
Perasaan marah bila Kaori sesuka hati paksa Kousei main piano balik, sesuka hati arah Kousei buat itu ini, pergi teman dia kesana sini, 
Perasaan geram bila Kousei sentiasa teragak agak bila ada bende berkaitan dengan Kaori, bila Tsubaki wishy washy dengan perasaan dia sendiri, bila Tsubaki dengan senior yang dia suka, dia bercerita pasal Kousei, dan bila dengan Kousei dia bercerita pasal senior tu..bangang kan? hahaha.. 
Perasaan lucu bila Kaori dengan Kousei asyik bergaduh dalam setiap latihan mereka. 
Dan perasaan sedih bila dapat tahu perkara sebenar tentang Kaori, dan jugak waktu Kousei baca surat dari Kaori  khas untuk dia, jujur, aku nangis time Kousei baca isi kandungan surat tu weyhh..weyhhh.. sedih weyhhhhh.. sebab dalam surat tu la terjawab segala persoalan tentang penipuan yang terjadi pada bulan April. (T__T)

Dan jugak, dalam OVA akan cerita kan tentang semua dan bagaimana mulanya mereka nak jadi pianist/violinist. Seriously aku suka alasan Kaori sebab antara semua yang kenal Kousei, semua nak jadi pianist sebab nak bersaing dengan Kousei, tapi Kaori sorang je yang pilih untuk jadi violinist, sebab apa? sebab dia nak berdiri satu stage dengan Kousei, dia tak nak bersaing dengan Kousei, dia nak perform bersama dengan Kousei. And that solely reason to me is, AWESOME. :')

Keklin admit yang anime ni adalah antara anime yang the best pernah keklin tengok, walaupun airmata yang turun tu tak sebanyak macam keklin tengok AnoHana (review on next entry). HAHAHAHA!

Anime ni tak heavy sangat pun, jalan cerita pun not bad and easy going. Silalah try tengok ya! ^.^

*****

My Rating : 7/10

Reason : Why can't we be together when we're deeply loves each other? :(

*****


Let's Click!