Thursday, October 18, 2012

Love Egg :)


Assalamualaikum semua..

Haa.. siape penah makan telur Cinta? atau Omputihnya Love Egg?
hahaha...
Jom buat! :P


haa... senangkan? (Yeke?)
ni iols tunjuk gambar and step jer..
buat sendiri tak pernah lagi la..
nanti iols try buat,...
and then iols post again ye.. 
hee..


*******

XoXo
Lynn
:)

Tuesday, October 16, 2012

My First Car..My Britney :p

Assalammualaikum semua..

on 13th October 2012
Syukur Alhamdulillah..
Terima Kasih ya Allah..

This is my car..
Her name is Britney..
hahahahahahaha! motippp?? -.-'
suke hati aku la... kete aku.. :P



















My first love...
she save my money..
hahahaha..
with this much of petrol..



















from 
Subang Perdana -> MRR2 -> BTS -> Sungai Besi - > Senawang -> Kendong -> Tampin -> Lubok China -> Kendong -> Kedai Satay Lebai Simpang Ampat -> Kendong -> Tampin -> Simpang Ampat -> Kendong -> ZzzzzZzz -> Senawang -> Kuala Lumpur -> BTS -> Keramat -> Mid Valley -> BTS. 
hahaha.. Still ade dua bar minyak babe tinggal... JIMAT x JIMAT??? (cakap JIMAT!!) 
muehehehe..


That's all for now.. saje je...
kongsi kegembiraan tak terhingga sebab lepas ni da tak payah nak susah kan sesiape..
da ade kereta sendiri...
nak pergi beli barang ke, beli makanan ke, pergi klinik ke, pergi dating ke.. eh?
Super Petrol Saver
<3>
;)

*******

XoXo
Lynn
:)

Friday, October 12, 2012

Loan - er :)


Assalamualaikum semua.. 


Just for sharing..
true story


























hehehehe...
so true right??

Forever a loan! 
:'(

Thankss
bye

*******

XoXo
Lynn
:)

Wednesday, October 10, 2012

Formal Wednesday

Assalamualaikum semua..

                       
(muke minta penyepak tahan gelak) :P

bhahahaha! da menepek gambar aku kat sini kenapa jahhh?
hahaha..
saje je nak show off.. ni la kali pertama (rasanya lah?)
aku pakai sehabis formal masuk ofis ni...
sume gara2 chairman dari Jepun Mr.Okimura-san nak datang..
nak melawat kawasan katenye...
tapi hampeh jer?
-.-'
dieorg dri pagi sampai ke petang abeh waktu bekerje nanti kat dalam meeting room tu ha..
haih..
hahaha..
dah.. tu jelah... kbai.. :P

*******

XoXo
Lynn
:)

Tuesday, October 9, 2012

PROTO Malaysia Staff Buffet Dinner


Assalamualaikum...

hahaha, sebenarnya dinner ni 29/6/2012 hari tu.
tapi ta de mood dan kelapangan untuk update..
alang-alang bos on leave hari ni..
kita update la habis-habisan yer?
hewhew (sesuke jer, kau hengat ini kampeni bapak kau??)
herrrr... -.-'''


Derrick with our Marketing Director.. haa. sempoi x director kiteorang :P

 
 The Lady in Red.. Wana :)

 err... enjoy la.. hahah~ (buntu nak letak caption ape)

 I LOVE this picture :)

 Tiff, Derrick and meyy~ :D

 Grogbrowl.. denda untuk sape yang datang lambat.. ceit.. aku pon kene..
tapi x minom pon.. acah2 jer.. hahaha!!


KY 1st minom.. bhahaha! :D

 Kasut Fyka n saya.. sama! >__<!!

 The staffs..

yang ni plak.. Sales Director kiteorang.. ketot + comel sangat2!! :D

 Welcome signing :) (x pat rotate -.-' )

 ni muke2 yang dapat MD Award.. :( *nak gak*

 
Game of the day.. ni.. lovie punye group.. LAST! :P

 AJ x pandai trime arahan Ram.. :)

  iols punye group WINNER! dapat Premier Spider-Man

 Fyka.. err... hahah!


hurmm.. hahahah~ No comment~ ;)

 Mel dapat BB Bold (grrrrr....)


 Amy dapat Ipad! (GRRRRRRR.....)


Fazri dapat RM1000 cash. (shut up!!! )

Barang2 yang diperolehi dari dinner tersebut.. :)


 That's me~ :)

Sekian.. Terima Kasih.. :)

Keep Calm

Assalamualaikum semua.. :)

sebagai seorang pekerja di kompeni swasta... saya percaya..
kite semua mesti stresskan dengan boss kite yang asek22222 mengarah je kejenye.. (letak 2 banyak kali sebagai gandaan yang banyak.. haha!)

Jadi dengan me-release-kan STRESS.. saya nak anda semua 
....
....
....
....

             
























Oh yeah... op.. op.. op.. op...
Oppa Gangnam Style!
hahahaha!

Mungkin ramai yang suke dan mungkin ramai yang tak suke dengan lagu ni..
tapi percayalah..
bahawa lagu ini baik untuk kesihatan anda semua...
mungkin bagi anda PSY memang nampak BODOH (tapi dia tak bodoh ok? hee) bile menari tarian kuda dia tu.
tapi percayalah.. bukan mudah ok?  heh.

so mari kita semua gerak2 kan badan dan jangan la nak duduk dan besarkan bun**t kat ofis tu..
kang tak muat baju seluar semua.. sendat2.. sendiri yang sedih.. (like me T__T ) hehehe~

Keep Calm~ :)

Annyeong
Gomawo
Byeyeom
:)

*******

XoXo
Lynn
:)

Wednesday, September 12, 2012

Kita Marah Tapi...

Just a simple C&P sharing for us to renung-renungkan dan selamat beramal. :)
Kita Marah Tapi...

Kita marah orang tanya kita Islam ke kafir
Tapi kita tak pernah tunaikan solat 5 waktu.

Kita marah bila orang pandang-pandang 'barang baik' kita
Tapi kita sendiri tak menghalang pandangan mereka dengan menutup aurat.

Kita marah bila orang menghina Allah, Rasul dan agama kita
Tapi kita hanya mampu mencaci maki mereka tanpa bertindak apa-apa.

Kita marah bila ada orang lain ajak adik atau kakak kita tidur dengan mereka di bilik
Tapi kita lupa yang kita keluar masuk bilik usung adik dan kakak orang lain.

Kita marah bila orang kata kita bodoh
Tapi kita sendiri yang malas untuk menjadi pandai.

Kita marah bila orang lain buat salah
Tapi bila kita buat salah kita tak dapat terima.

Kita marah bila orang kutuk belakang kita
Tapi bila kita kutuk orang tak ingat dunia.

Kerana marah kita hilang pertimbangan,
kerana marah kita hilang akal,
kerana marah kita seperti dirasuk syaitan.

Kawal amarah mu kerana apabila seorang anak adam di kuasai dengan perasaan marah, itu yang membuat syaitan menyukai kita dan memudahkan lagi untuk dia menghasut kita. Banyakkan bersabar..
..WALLAHUALAM..



*******

XoXo
Lynn
:)

Tuesday, September 11, 2012

Short & Sweet :)


Assalamualaikum.. :)




What we use it for?
:)

think about it for a minute

*byeyeom*


*******

XoXo
Lynn
:)

Tuesday, July 24, 2012

Manfaat Air Kosong a.k.a Sky Juice :)

Assalamualaikum wbt..

hi u alls,
hahah.. gedik sehh..
ok lah.. hari ni aku nak cakap sikit tentang fakta air putih/air kosong/sky juice/h20
or pape yg korang panggil lah kan?
hewhew..
well..semua sedia maklum bahawa air putih ni banyak sangat2 kebaikan die kan?
baik untuk kulit, baik untuk organ dalaman, baik untuk diet. eh?
haha.. oke la.. meyh aku post an ape die kebaikan air putih ok?
ini adalah fakta tentang kelebihan minum air putih ketika perut kosong
(copy paste jer.. huu.. blog ni aku lupa nak copy link dia, tak dapat nak tulis credit to. sorry!)




TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??


Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.


KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

TAPI!!!

TAPI!!!

TAPI!!!
TAPI!!!


ada benda yang buat aku confuse sikit pasal info air putih ni..
seperti yang kita semua baca diatas,
semua citer pasal kebaikan air and time2 yang patut kita minum air and amalkan kankankan??
(perlu ke banyak kan? -____-"")
tapi aku ade tarjumpe lagi satu info pasal air ni..
iaitu waktu2 yang sebolehnya kita jangan minum air sangat..
kenapa?
jum kita baca~ :)

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!

see? ade sedikit ke-confuse-an kan? hurm..
tak ape lah kan?
ikut hati sendiri la mane yang boleh and baik untuk di ikut tu, ikut la kan?
:)


** dikesempatan ini aku mengucapkan selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat seluruh dunia..
hope tak terlambat dan moda ramadhan kali ini lebih membawa kebaikan untuk kita semua! bubbye~~ :D
thanks.

*******
XoXoLynn
:)


Thursday, July 12, 2012

Penghijrahan. :)




tarek nafas dalammm2.... fuhhh...

:)
Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..
(macam ramai je yang bace blog aku ni ek? ahah)

dengan berbesar hati nye aku nak citer yang aku da mula berjilbab.. da pakai tudung.. alhamdulillah.. sebahagian daripada aurat aku dah tertutup.. kurang siket da dosa..
hehe.. kenape tetibe ek? budak2 ofis aku sume pelik aja.. sume tanye.. sebab ape? sebab puase ke? nanti da lepas puase free hair balik eh? oh nonono... please la jangan doa kan aku jadi camtu..insyaAllah.. aku nekad untuk berhijab buat selamenye.. amin.. moge aku tabah and hati aku teguh untuk semua ni.. :) doa kan aku kayh? hee..

sebab ape aku tetibe jer berhijab? first of all.. aku memang da lame niat nak bertudung okayh~ just hati rapuh lagi.. pakai pun time puase jer.. then bukak balek.. dengan alasan tak ready lagi.. nanti nak buat fesyen rambut ala2 Tasha Shila.. hikhik.. cantik kan?? >_< hahaha.. tapi.. a few weeks ago... aku terbukak blog kawan aku (aida).. entry dia pasal dia dah bertudung.. betul2 buat kan hati aku tersentuh.. betape matang nye pemikiran dia.. aku betol2 salute ah kat die.. hurmm.. mmg ade niat nak bertudung pas kawen, tapi btol ape yg member aku cakap uh.. kita pas kawen, laki kita free2 je dah tak tanggung dosa aurat kita, tapi parents kita? yang dah jage kita dari lahir sampai ke hari ni? ta nak fikir plak dosa yang diaorang tanggung hanye sebab anak2 ta ready nak menutup aurat? mane keadilan macam tu? itu yang membuat kan aku termenung sejenak, berfikir panjang akan kebenaran yang disuara kan oleh kawan aku tu. betape aku sedih mengenangkan ape yang mak aku tanggung, dan lagi ape yang arwah ayah aku alami di alam barzakh hanye sebab aku ta menutup aurat dengan sempurna. ya Allah.. betape kejamnye aku terhadap ibu bapa aku. Ampuni la aku ya Allah.. :'( dan cube fikir balik, macam mane pas dah kawen nanti.. anak2 kita plak wat kite camtu.. maka gagal lah aku menjadi seorang ibu yang boleh membimbing anak2 aku ke jalan yang diredhai Allah.
Aku tau aku ta de la perfek mane pon, aurat ni baru tutup rambut, sembahyang pun tunggang langgang lagi, tapi.. TAPI.. aku berdoa agar aku diberi peluang untuk jadi yang lebih baik, aku sedang belajar.. moge semua doa kan yang terbaik untuk aku n bagi mereka yang sedang mencari keredhaan Allah macam aku ni yer..
jangan la kondem2 aku, aku baru bertatih.. aku sedang belajar, dan oleh itu.. ajar lah aku dengan cara yang betul, mane yang salah, cube beritau aku, didik lah aku..
thanks pal..
Amin...
:)
<3 p="p">
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ni lah rupe aku yang dah bertudung skang.. haha.. blurrrrrrr!






















***************
p/s: gambar2 lame dalam blog ni... bagi aku mase ye untuk delete.. sayang laa..
nak save.. tapi biziiiiiiiii!!!
(T_______T)





*******

XoXo
Lynn
:)

Let's Click!