Hari ni.. post ni.. hanya untuk bebelan keklin semata.
Pernah tak encounter dengan typo or maybe.. erm.. nope. Just typo. Haha
Ouh ya.. maybe pronunciation too!
Pernah tak terasa nak betulkan ejaan or sebutan orang tu tapi risau sama ada dia saja saja typo or miss pronounced untuk kelihatan comel? *ermm.. rasa nak tumbuk. Haha*
Contoh :
Dilema dan delimaadalah dua benda yang berbeza ok?
Si polan post : "Aku delima nak beli Barang A atau B"
Weyh.. Korang nampak tak??? I have too read the sentence twice to get the true meaning.
Apekah semua ini?
Please people.
Kadang kadang otak keklin kennotcannot coop dengan kesalahan begini.
Nak tegur nanti orang cakap bajet pandai
and then nanti orang cakap, "eleyh.. macam lah kau tak pernah macam tu."
Ok, Siapa tak pernah typo kan? tapi janganlah sampai tahap yang boleh menyebabkan otak kita berfikir 360 degree untuk brain perkataan tu sesuai atau tak dengan ayat yang digunakan.
hahahaha!
Hmm.. well at least I've tried to corrected it.. and try to be better.
Pada masa kita fikir yang kita rancang itu adalah yang terbaik
Sekelip mata Dia boleh tunjuk yang kita salah
Bersabarlah
Jalan terus dan senyum
Jangan pernah berhenti sayang
Jangan pernah mengalah
Percaya bahawa didepan sana ada destinasi yang membawa bahagia
Mungkin cuma beberapa ratus km saja lagi
Jadi kau jangan berhenti
Terus dan teruskan lagi
Jalan menuju kebahagiaan
Itu yang kau nak kan?
Jadi tolong janji dengan aku
Jangan berhenti
Seberat mana ujian yang menimpa
Senyum
Sesayu mana hati terasa
Senyum
Sekelam mana jalan dihadapan tanpa cahaya
Tetaplah senyum
Aku percaya
Pasti ada bahagia
Masa depan kita, kita tak kan pernah tahu
So why bother?
Live your life to the fullest at this very moment my love
Usah runsing dengan perkara yang sementara
Ya, nothing last forever
Not even our problems
Believe that! ^^
Mulakan mencari redha Allah
Kemudian redha manusia akan turut serta
Percayalah
Kau cuma perlu senyum sayang
Senyum dan teruskan bahagia
"And they planned, and Allah ALSO planned; and Allah is the Best of planners." (Al-'Imran 3:55) In Shaa Allah. The present is beautiful. The future is bright. It's too late to feel sorrow, but not too late to let go. And let God.
okie.. hari ni keklin nak cerita pasal pengalaman pertama keklin pergi hiking atau dalam bahasa melayu nyer.. mendaki. hekhek.
Nak dijadikan permulaan cerita yang tak berapa nak best.. malam sebelum pergi hiking tu.. boleh pula migraine keklin datang menyerang.. argh.. stress mak nak.. memang da set kat kepala otak kalau sakit sangat.. sanggup tak nak naik broga.. sebabnye kami semua bermalam kat rumah put kat semenyih.. bekalan ubat semua memang ke laut.. tak bawak pape pon.. memang redha je la dengan denyutan dalam kepala.. tidur sekejap dengan harapan lepas bangun akan ok sikit..
Then kul 4.30am kami semua bangun dari tidur dan bersiap siap untuk ke broga.. keklin punya migraine masih tak elok.. mandi pepagi tu basah kepala semua.. ikot la mereka ke broga.. sebelum ke broga.. kami ke kedai mamak untuk alas perut sikit.
5.15am kami sampai kat kaki bukit broga.. prepare pape yang patut.. tunggu wan and didi sampai.. tunggu kak effa kak elly put and mun gy toilet.. erghh.. keklin nyer kepala memang mencari tempat nak baring jer time tu.. tapi kuatkan semangat sebab fikir.. kalau sekarang tak buat.. bila lagi nak mai? kan kan kannnnn?? :P
So list member masa naik broga ni adalah : keklin, kak wani, kak effa, kak elly, izzy, put, mun, kak aishah, wan and didi. 10 orang semuanya.. huhu.. 5.30am kami bergerak naik.. keklin ikot belakang didi and izzy.. means dalam turutan orang ketiga lah kan.. haha.. jalan punye jalan punye jalan..sedar belakang mereka da takde.. haha.. suruh didi and izzy stop sat tunggu mereka.. ermm.. da tunggu tunggu.. tak nampak gak kelibat diaorang dalam gelap tu.. makanya kami decide untuk bergerak bertiga menuju puncak broga. okie jujur ye cakap.. didi cam hampeh langkah panjang laju gila.. izzy badan ringan kecik molek.. erghhhhhh.. keklin semput nak catchup.. 2 kali mintak take 5.. then da nak sampai kat puncak tu izzy mintak didi jalan short pace / slow sikit.. erm.. terima kasih kerana memahami izzy.. lebiu muah muah. hahahaha (T__T)
6.30am keklin, izzy and didi sampai kat 1st viewing point.. perghhh.. jujur weyh.. macam nak pengsan.. keklin sampai je terus cari tempat duduk.. duduk terus tak bangun da untuk setengah jam.. lantak la izzy and didi sibuk ke hulu ke hilir tangkap gambar.. keklin sumpah da tak larat.. hahahaha! tapi pape pon.. bangga noks.. migraine sakit kepala semua.. tetap jadi orang ketiga sampai. hahahaha! YASSSSS! Da selepas 30 minit rehat.. nak muntah tak dapat nak muntah.. kepala macam da berpusing bagai.. mun and kak wani sampai.. yeayyy! haha.. kemudiannye puput and wan sampai.. kak elly turun balik atas sebab kesihatan dia tak dapat nak terus kan.. kak effa time ni tak tau kat mane dah.. hahaha~
1st Viewing Point Broga Hill
keklin sampai sampai terus amek port ni duduk rehat selama 30 minit tak gerak dan tak bangun. erm.. koraso? semput tak semput? hahahahaha
And then mereka mereka ni nak terus kan lagi mendaki sampai over the top..huuu.. keklin tak sanggup pada mulanye.. sebab memang sakit kepala weyh.. tapi kak wani, izzy, wan and didi semua bagi semangat cakap jom la jom la.. you can do it baby.. eh? hahahaha.. then keklin pon fikir why not lah kan.. alang alang da sampai 1st view.. moh ler teruskan sampai ke hujung.. :)
Yeah.. 7 dari 10 orang yang berjaya sampai ke puncak. Tiada dalam gambar kak effa (tukang snap), kak aishah (kakak gunung ni tengah bizi kutip sampah.. erm.. baik gila), Mun dan put dah tersadai kat 1st viewing point, kak elly turun dah dari awal.
Bila nak naik 3rd viewing point tu, kena lalu satu laluan batu yang agak extreme bagi orang yang berbadan berat macam keklin ni yer.. dan disebabkan badan berat ni lah masa nak panjat batu tu, tergelincir sikit dan lutut kiri terhantuk kat batu tu.. yer.. luka dan berdarah dan berparut sekarang ni.. haha.. well.. itu lah pengalaman kan? :)
Dah habis sesi bergambar semua.. marilah kita berjalan turun pula.. yer.. 1 jam lebih untuk naik.. turun dalam 45 minit jer.. hahaha.. siot je kan?
8.54am.. touch down babeyhh~
Satu pengalaman yang sangat berharga.. lagi lagi bagi orang macam keklin yang newbie and noob dalam bidang sukan hiking ni. yes even ini HANYA broga tapi keklin bangga keklin berjaya. Dan in shaa Allah next time akan hiking lagi ditempat lain. Jika diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang terbaik. In shaa Allah.. Aaminn.. :)
Terima kasih kerana sudi membaca bebelan keklin dari awal hingga akhir.
Selamat pagi.. lama tak membebel kat sini.. hewhew.. ok.. hari ni pon tak nak membebel sebenarnya. so I'll just repost a very interesting post frommanusiaingin.blogspot.com
yer.. dia ni adik adik.. tapi kadang kadang kepala hotak dia kakak kakak sangat.. ehem.. diulangi,.. kadang kadang yer.. hikhik :)
Nothingmuch.. Hanya mahu membebel sendirian sebentar.
Tumpang lalu 😊
*****
Aku rasa setiap manusia ada impian dan angan-angan kan?
Well, behonest la kan.. Siapa tak pernah berangans. Lewls.. That was so fake man.. Try harder. Hahahaha..
Untuk merealisasikan sesebuah impian, kita perlu berusaha. Yerp.. Work you fat a** out ok? Hahaha.. Well.. What i really wanted to say was.. Oh man.. Aku sedar diri. Haha.. Aku tahu keupayaan diri aku dimana.. I know myself better than anyone else thought they were. Well, honestly i am a cheapskate. Hahaha.. But sometimes when you're truly need or wanted that something, indeed you'll work even harder to earn it, aren't you?
So guys, work hard for what you want and work even harder to show people that you are capable of having it. Never cared too much on these people punya cakap cakap. Hahaha.. Kan? Wedo ukur baju dibadan sendiri.. We do know what we deserve and what we want.. We are so sedar diri aren't we?
Oh man.. Swag more. Hahahaha..
Some little sweet note that I've heard from my officemate before
"Never care on what people want you to do, what important is what YOU want to do. Because at the end of the day, the person who remember about it is only you, yourself."
So, be yourself. Do what you want. And just be sedar diri ok guys? Please kept your dream within yourself. Don't share it because people's word might hurt you more than they would know.
Bila berbicara tentang AKU, mengapa perlu ada KAU?
Kerana bila berbicara tentang AKU, segala baik atau buruk berbalik pada AKU, bukan KAU.
Mengapa perlu ada KAU?
Mungkin KAU hanya mahu memberi pendapat.
AKU faham.
AKU terima.
Akan tetapi, jagalah bicara KAU ketika berbicara dengan AKU.
Kerana AKU yakin KAU juga tidak akan menyukainya bila AKU berbicara dengan KAU menggunakan cara KAU berbicara dengan AKU.
Tidak semua orang sepandai KAU.
Dan tidak pula semua orang sebodoh AKU.
Orang sepandai KAU dan juga orang sebodoh AKU, KITA semua manusia yang ada perasaan.
Berjagalah dengan tutur KAU, wahai KAU.
Ikhlas dari, AKU.