Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Antara Perasan dan Pemikiran

Assalamualaikum

*****

Bukan tak pernah beritahu segala do and don't

Kenapa masih hendak menyakitkan hati?

Kepuasankah itu?

"Benda dah lama lah.." Oh.. so? Dah lama tapi baru tahu, apa kau nak aku buat?

Butakan mata?

Tulikan telinga?

Keraskan jiwa?

Jangan begitu, kelak pasti binasa.

Jagalah hati dia seperti kau menjaga hati kau?

Put yourself in that person's shoes first if you ever intend to do something.

Dapatkah kau menahan?

Gembirakah kau dengan kesudahannya?

Kalau diri sendiri tidak boleh terima semua itu

Apatah lagi orang yang bakal menerimanya?

Tidakkah ada perasaan simpati atau pemikiran yang logika yang terbit dalam hati sebelum melakukan sesuatu perkara?

*****

Jika itu adalah pada masa dulu, pasti kita didua simpang yang berbeza.

Dan jika itu adalah sekarang, pasti kita tidak boleh berundur.

Maju ke depan atau tinggal ditangkuk yang lama.

Fikirkan sendiri.

*****

Meminta seseorang untuk tidak pernah berubah.

Janganlah buat sesuatu yang boleh buatkan dia berubah.

As simple as that.

Itu nasihat aku untuk aku dan untuk kamu.

Ikut kata hati atau nasihat otak.

*****






















Xoxo,
LoveLynn




Friday, March 27, 2015

AKU & KAU

Bila berbicara tentang AKU, mengapa perlu ada KAU?

Kerana bila berbicara tentang AKU, segala baik atau buruk berbalik pada AKU, bukan KAU.

Mengapa perlu ada KAU?

Mungkin KAU hanya mahu memberi pendapat.

AKU faham.

AKU  terima.

Akan tetapi, jagalah bicara KAU ketika berbicara dengan AKU.

Kerana AKU yakin KAU juga tidak akan menyukainya bila AKU berbicara dengan KAU menggunakan cara KAU berbicara dengan AKU.

Tidak semua orang sepandai KAU.

Dan tidak pula semua orang sebodoh AKU.

Orang sepandai KAU dan juga orang sebodoh AKU, KITA semua manusia yang ada perasaan.

Berjagalah dengan tutur KAU, wahai KAU.

Ikhlas dari,
AKU.

Let's Click!