Friday, September 2, 2016

Alinn Anime Review : Hotarubi no Mori e (Movie)

*****


Title : Hotarubi no Mori e (Into the Forest of Fireflies' Light)
Number of Episode : 1 (Movie)
Aired : September 2011
Genre : Romance, Shoujo, Drama, Supernatural
OP : -
ED : Shizuru Ootaka - Natsu wo Miteita

*****

Cerita ni movie pendek yang berdurasikan hanya dalam 50 minit. Tentang dua orang yang tak sepatutnya bertemu tapi akhirnya takdir menentukan segalanya.. (cewahhh~)

Kisah tentang seorang budak perempuan bernama Hotaru yang menetap dirumah uncle dia waktu musim panas, dan dia pergi bermain dikawasan hutan gunung belakang rumah uncle dia tu dan dia sesat tak jumpa jalan keluar. Hotaru kemudian berjumpa dengan lelaki bernama Gin dan Gin tunjukkan Hotaru jalan keluar dari hutan tu..tapi Gin ni bukan manusia, walaupun bentuk badan, suara, rupa dia memang mengambarkan yang dia tu manusia. Satu sahaja kelemahan Gin iaitu tak boleh disentuh oleh manusia, kalau tak Gin akan hilang/lenyap dari dunia ni selamanya. Dan bermula dari perkenalan tu, setiap kali musim panas Hotaru akan pergi ke rumah uncle dia dan tujuan dia hanya satu, untuk berjumpa dengan Gin. Mereka tetap berkawan dan berjumpa setiap tahun padan musim panas sampailah si Hotaru ni da besar. 

Time is their enemy.. tu antara apa yang aku boleh gambarkan dalam cerita ni.. Mereka masing ada perasaan lebih dari kawan terhadap masing masing.. and yet, mereka tidak berjumpa selama 3 musim. Walaupun mereka hanya dapat bersama pada musim panas, mereka sangat menghargai masa mereka bersama. Dan mereka tidak boleh sentuh each other, mereka tidak boleh berjumpa luar dari kawasan hutan tu, dan mereka tidak boleh berjumpa selain daripada waktu musim panas.. it hurts me you know.. huuu~

Aku tak tahu macam mana nak review lebih details pasal cerita ni sebab.. korang kena tengok sendiri.. Cerita ni agak sedih, tapi tak ada lah sampai tahap meleleh air mata.. tapi memang sedih dan masa aku habis tengok cerita ni..bulu roma tangan aku meremang.. haha.. tak tahu nape weyhhh! (T__T)

Dan dari desas desus yang aku dengar, penulis cerita ni sebenarnya buat cerita ni khas untuk kawan dia yang telah mati akibat cancer.. hurm.. :(

It's hurts when someone become so important to you and yet, you can never see him/her again.. ever.. :(


*****
My Rating : 8/10

Reason : Gin said - "It's okay to forget me" :'(

*****

"It's hard to forget someone who gave you so much to REMEMBER."



Let's Click!